Kaji pernyataan berikut.
Pertumbuhan bakteria adalah lebih baik dalam keadaan gelap daripada keadaan bercahaya.
(a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas. [1 markah]
(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah]
(c) Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji hipotesis anda menggunakan dua piring petri steril dengan penutup berlabel X dan Y, dawai gelung, larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril dan pita selofan.
Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah [2 markah
(iii) Prosedur dan kaedah [4 markah]
(iv) Penjadualan data [1 markah)